Thursday, February 25, 2010

Cemerlang Dalam Pergaulan

Orang yang cemerlang adalah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar Motivasi tanah air Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.
Antara faktor yang boleh menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kata-kata kita ialah:

1. Jaga solat dan ibadah khusus dan umum
2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (Walaupun kita harus berwaspada pada setiap masa)
3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita
4. Banyakkan bersedekah sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan
5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba ingat 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang
6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita
7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang menyayangi antara satu sama lain
8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif pada setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain mual terhadap kita
9. Amalkan sunnah-sunnah harian. InsyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita
10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf apabila mengingati mati
11. Sentiasa syukur dan redha atas pemberian TUHAN
12. Sentiasa memberi salam atau ucap kepada orang lain, Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia
13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian
14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia
15. Sampaiakan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain
16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringilah perpisahan dengan doa

Bagi menarik perhatian orang lain mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri kita dan kelemahan diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj dan memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
"Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah tentang mereka..."

No comments:

Post a Comment